Tuesday, December 7, 2010

Pengat Labu n Keladi

Salam Maal Hijrah... Ini Makan2 yg dah lepas... melayan selera en hb.. en hb suke labu n saya suka keladi.. tak yah rebut2.. tak yah gado2.. pilihlah ikut selera.. untuk adik yg suke pisang.. dah seminggu ibu tunggu pisang tanduk tu tak masak2.. sabar yer dik.. bila pisang msk ibu masak untuk adik pulak...



Monday, December 6, 2010

Karipap Pusing

Karipap panass... saja2 mencuba bakat membuat/mengelim karipap.. nampak mudah .. tapi utk org yg kurang sabar mcm sy ni mmg tak sesuai.. hari tu semasa membuat kuih tiram pun.. pun rasa .. alamak bila nk siap ni.. senang lagi buat kek or kuih bakar or talam.. bancuh2 msuk loyang terus bakar or kukus n tinggall... kali ni memcuba rspi dari dpur Rinnchan.. pastrynya agak rapuh tetapi sedap n tak boleh mkn byk coz rasa muak(tekak saya lerr)... n semasa mengoreng pun byk yg terburai.. lainkali klau saya rajin..hikhikhik.. nk mencuba rspi karipap pusing di dapur dik hana kita tu..boleh klik di sini... saya baca adunan dohnya berbeza.. Anyway TQ Rinnchan berkongsi ilmu membuat karipap pusing.. saya minta izin CP rspi disini..

KARIPAP PUSING
Sumber : Rinnchan
Bahan-bahan:

1. Doh minyak

300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin

150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

STEP UNTUK MEMBUAT KARIPAP PUSING SILA KLIK DI SINI

Inti keledek
(saya guna kentang)
2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus
* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun da
un bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.



Saturday, December 4, 2010

Thursday, December 2, 2010

CUTI2 KE LANGKAWI / PADANG BESAR..

Balai berlepas di jeti kuala perlis...



pinggan mangkuk di hj ismail group di jeti kuah ..byk kedai hj ismail di pekan kuah.. lalu jer dulu kt sini... sabor yang.....
Idaman suri.. mmg jadi idaman.. suke beli pinggan mangkuk kt sini.. hehehe.. tapi mende ni kita tak beli pulak.. lum minat lagi.. coklat ole2 wajib yg mesti dibeli.. saya suka membeli coklat di kedai hj ismail.. satu kedai coklat dia.. smpi lupa nk ambik gmbr..
di oriental village.. anak2 dgn gaya bebas..
Apom.. first time mkn.. jakun tul.. cicah santan manis.. sedap jgak.. kuali dah lama beli kan cik mimi.. heheheh..
pandangan dr cable car.. mt cincang .. tak larat nk menapak ke situ.. so pandang jer la ..
telaga tujuh waterfall.. pdgn dr cable car jugak..
anak branak dlm cable car..
telaga di makam mahsuri..
dataran helang.. persekitaran mcm terbiar .. walaupun ramai pengunjung..
kuih karas di geleri mahsuri
makam mahsuri
perusahaan gamat ...
kereta kia picanto yg disewa..


balik daaa... nk ke pdg besar pulak

makan2 di padang besar.........
perjalanan balik dr pdg besar menuju ke alor star....

Saturday, November 27, 2010

KUIH TIRAM

Kudapan utk aimman n syamira di musim cuti sekolah... selain peti ais perlu di isi ... atas meja juga perlu ada benda2 yg boleh dikunyah.. Resepi dari Myresepi ..saya menggunakan kudrat BM utk mengguli.. mmg cepat n kurang lah beselerak dapur tu.. tq Shamen n MYR.. minta izin CP rspi di sini..

KUIH TIRAM
Sumber : MyResepi
Bahan-bahan

  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • **6 sudu tepung jagung**
  • **6 sudu minyak**

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)[saya masukkan semua bahan dalam BM]
  3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

APAM SALJU

Nak tayang jugak.. buat setengah dpd adunan.. anak2 macam biasa la.. tak nak layan kuih orangtua.. mkn cam tu jer.. kebetulan minggu ni mcm susah nk dapat kelapa.. klau ada kelapa tentu lagi sedap .. resepi dari dapur Yatie Sinar Kehidupan... minta izin CP resepi kt sini.. TQ Yatie!!...

APAM SALJU
Sumber : Yatie Sinar kehidupan..

Bahan-bahannya.


2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Friday, November 26, 2010

SENTUHAN TERAKHIRRRR.....

Cereta semalamm... Pep STPM Ekonomi Kertas 1 pada jam 2 ptg... mcm selalu.. sebelah pagi.. sebhgn anak2 perlu di'update' kan.. yg gabra@panik perlu ditenangkan.. yg tak tau ape pun perlu di 'tau'kan... Ini sahaja yg dapat saya bantu sebelum memasuki dewan pep selain dari titipan doa yg tak pernah putus.. semoga semua pelajar kesayangan saya (46 org) mendapat 'A' dalam subjek Ekonomi.. amin.. dan jangan lupa buat persediaan secukupnya untuk Ekonomi 2 pada 29 Nov (Isnin)..
penuh buku... semua buka...
dah tak boleh duduk si Mikeal ni.. jgn tido dlm dewan pep...
ambik ngko..study gaya bebas... smpi meniarap di bilik ICT......

Thursday, November 25, 2010

VADAI @ MASALODEH

Jom me'vadai'............ resepi dari dapur Naz Rinn Chan.. minta izin CP rspi di sini.. TQ Kak Rin..

VADAI

SUMBER : NAZ RINN CHAN
Bahan-bahan:
250gm kacang dal
2 tangkai cili kering, dihiris halus
1 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

KAEDAH PENYEDIAAN:

1. Rendam kacang dal selama lbhkrg 4 jam.. sy rendam 1 mlm
2. Toskan air dan kisar kacang hingga halus, tak mengapa jika terdapat sedikit kacang yg tidak hancur
3. Satukan semua bahan di dalam bekas n gaul rata
4. Leperkan di atas tapak tangan yg di alas plastik yg disapu dgn sedikit minyak utk mengelakkan melekat.
5. Goreng di atas api yg sederhana.


Tuesday, November 23, 2010

KUIH KASWI 2

Saya suka kaswi... paling best kalau dapat makan kaswi yg kenyal2 gitew... tergoda kaswi yatie n izah .. maka terpaksalah merajinkan diri masuk ke dapur.. buat setengah adunan jer.. coz anak2 memang tak layan kuih2 camni.. rspi dari dapur Yatie.. minta izin CP rspi di sini.. TQ yatie..

KUIH KASWI
(Sumber :Yatie Sinar Kehidupan)
Bahan-bahan :
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan*(*di masak..)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam
Cara-cara :
  1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
  3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
  11. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
  12. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  14. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama


Sunday, November 21, 2010

Easier Crispy Waffles

Breakfast lagi.... Godeh2 waffle sebelum gi jogging pagi tadi (630 am)... balik jogging terus boleh masak n makan.. hehehe... saya suka rspi ni ... masa panas waffle ni mmg crispy.. n kalau sejuk waffle ni tetap lembut ..


Credit to Sheryl's site
Easier Crispy Waffles
2 cups flour
1-
1/2 tsp instant yeast
1 stick melted butter - saya letak lebihkurang 125 gm butter
2 cups warm milk - saya guna 1 tin susu cair 400ml + 100 ml air ..
2 eggs
2 tsp vanilla extract
1 tbsp sugar
1/2 tsp salt

The night before: -
1. Combine and whisk together the dry ingredients in a large bowl: flour, yeast, sugar and salt.
2. Combine the melted butter and milk. Add the mixture to the dry ingredients.
3. Whisk eggs and vanilla together in a separate small bowl. Add the egg-vanilla mixture to the other mixture, and whisk until well-combined.
3. Cover with plastic wrap and stick in the fridge until tomorrow morning.

The next morning:Prepare waffle iron as usual. Stir the batter to deflate it (it should be puffy and frothy). Add to waffle iron the same way you would other batter, keeping in mind that this batter will rise more than batters that use baking powder instead of yeast.

Nota/Cara yg telah diubahsuai sedikit
Saya mengadun waffle ni pada jam 630 am n pada jam 8.00 am adunan dah ready utk dimasak..
Satukan semua bahan kering (tepung, gula, yis, garam)
Cairkan butter n masukkan susu suam n telur, sebatikan n satukan dgn bahan kering.. gaul sebati.. cover dgn plastik wrap n biarkan pada suhu biasa/bilik....

MEE HOON GORENG

Jom breakfast.........

Saturday, November 20, 2010

KEK PUDING KARAMEL

Dah lama nak buat kek ni.. geng2 kaki masak dah pun bertukar angin ke menu lain.. pagi ni nmpk kek ni di dapur kzai Teratak Impian.. terus rasa teruja utk mencuba.. kali ni resepi copy paste dari dapur dik ika Arah... Ika kata dia CP dari hana @ina jepun tu..n ada juga di dapur Izah Muffin Lover.. yg lain2 jgn kecil hati klau tak tersenarai... kepada semua rakan blogger terima kasih kerana selalu mjadi sumber inspirasi ...

KEK PUDING KARAMEL
(Sumber Asal : My Resepi)
Bahan-bahan
  • Karamel
  • 60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 2 biji telur
  • 400ml susu cair@segar>>kita guna susu cair :D
  • 35g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan
Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
  2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2./saya guna pandan paste + pwarna hijau ...
  10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.


Friday, November 19, 2010

Hanya Coklatku..

Hanya Coklatku untuk guru2 adik di TMS... Terima kasih untuk semua guru TMS ..

untuk rakan2 sekelas adik.. coklat2 ini telah ditaja oleh hanya coklatku yg memang sedap.. smga acu murah rezeki...

Mee Soup Tomato

Versi malas lagi.. kali ni mee pulak yg kene... bwg besar potong 8, bwg putih hentak belakng pisau.. tumis.. bila dah 'layu' masukkan tomoto soup kimball, tambah sos cili, masuk udang n sayur klau suka... last masuk mee... perasakan grm n gula... siap...

Aimman kata ibu masak mee apa ni... mcm ada rasa western, cam ada rasa mee warong.. hahaha.. makan jer la bang.. aimman kan tak kisahhh...

Tuesday, November 16, 2010

Chewy Gooey Yummy Brownies

Giler brownisss...suka buat n makan brownis ni.. resepi ada di SINI
makan dgn ice cream.. yg ada di peti ais perasa coklat.. belasah jer..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin